Angakatan Sasterawan '50 atau ringkasnya ASAS '50 ialah sebuah pertubuhan sastera pertama di Malaya sebelum perang. Ditubuhkan pada 6 Ogos 1950, ASAS '50 merupakan pertubuhan sastera pertama yang bersifatkan kemasyarakatan dan menggunakan bahan sastera sebagai wadah mencapai kemerdekaan untuk Malaya pada 1957. Bertunjangkan prinsip 'Seni untuk Masyarakat', ASAS '50 merupakan agen pencorak perkembangan sastera Melayu Moden.
Pengasasnya termasuklah Muhammad Ariff Muhammad (MAS), Kamaluddin Muhammad (Keris Mas), Abdul Wahab Muhammad (Awamil-Sirkam), Abdul Jalil Haji Nor (Merayu Rawan), Munir Ali (Rosmera), Kumasi Haji Dainuri (Teruna Jaya), Abdul Majid Husain (Hamzah), Masuri Salikun (Masuri S.N), Abu Yamin Kasun, Ahmad Ramli Abdul Karim (Ramlimah), Muhammad Daud dan Muhammad Yusof Yaacob (Jim).Sejak penubuhannya, ASAS '50 tidak pernah leka daripada matlamatnya. Ini terbukti dengan sekian banyak usaha persuratan yang direncanakan dan direalisasikan seperti seminar, bengkel, forum, dialog, kongres, kursus dan lain-lain. Tidak kurang juga penglibatannya dalam peringkat nasional menggemblengkan segenap khazanah ilmu bahasa dan sastera dengan melibatkan generasi muda dan pertubuhan nasional.
No comments:
Post a Comment